Kawan-kawan setia

Isnin, 10 Februari 2014

Pak Yazid dalam kenangan

Nama Pak Yazid Jaafar tidak asing bagi kami remaja 80an sekitar Kg Baru dan Keramat kerana dirumahnya kami menimba ilmi dari beliau dan ustaz-ustaz jemputan setiap pagi minggu. Perjuangan beliau yang panjang dan istiqomah menjadi batu asas kepada pemuda-pemuda masa itu terhadap perjuangan PAS di lembah Kelang. Disinilah tempatnya sebahagian kecil Mahsiswa mahasiswi UTM Semarak dipasak dengan ilmu-ilmu agama yang mantap dan menjadi pejuang yang kental sekental Pak Yazid. Disinilah saya sendiri mula mengenal ALMarhum ustaz Fadhil Nor seterusnya menjadi pengikut majlis2 ilmu AlMarhum. 

Saya tidak tahu sejarah detail pak Yazid namun menurut Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, almarhum merupakan pejuang tegar gerakan Islam PAS dan menjadi tenaga penggerak seawal kemerdekaan negara sehingga pernah menggalas amanah antaranya sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Selangor, Timbalan Pesuruh Jaya PAS Perak, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor. Malah almarhum berkorban masa, usia, tenaga dan harta dengan menjadi staf Pejabat Agung PAS dari 1964 hingga 1974,

AlFatihah

Kebakaran maut di Madiah yang melibatkan jamaah umrah

Madinatul Munawwarah sebuah kota yang aman dan tenang, dan aktiviti Jamaah haji dan Umrah tertumpu kepada sekitar nasjidil nabawi. Hotel-hotel yang didiami ramai jamaah juga sekitar Masjidilnabawi. Yang menjadi panas semalam hari Sabtu hujung minggu ialah berlakunya satu kebakaran kepada Hotel Ishraq Al-Madina dimana hotel ni menempatkan jamaah dari sekitar negara-negara Arab terutama Mesir dan menurut laporan media Saudi seperti SPA juga media antarabangsa kebakaran tersebut telah menyebabkan 15 orang jamaah maut. Kabakaran telah dilaporkan berlaku sekitar jam 14.33 Sabtu waktu Saudi iaitu kira-kira jam 20.00 waktu kita di Malaysia . Mangsa yang terlibat yang mendiami hotel ini kebanyakan jamaah umrah dari Mesir dan sebilangan kecil dari Turki. Kebakaran ini telah dapat dipadam kan dalam masa 2jam dengan kerjasama agensi-agensi keselamatan Arab Saudi.

Selasa, 4 Februari 2014

Kajang akan dilimpahi projek?

Telah diputuskan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Sementara itu PKR juga turut mengumumkan Ketua Wanita Keadilan yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai timbalan Abdul Khalid dan Borhan Aman Shah yang merupakan Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Selangor dilantik sebagai Pengarah Operasi Pilihanraya. Kerusi DUN Kajang kosong selepas Adun PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan 27 Januari lalu. Pakatan Rakyat menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PRK yang bakal diadakan. Seperti biasa jika sebelumnya BN melalui agensi-agensi Kerajaan akan memuntahkan bermacam-macam projek segera kepada kawasan-kawasan yang terlibat PRK, dimana diharapkan Kajang juga dapat menikmati projek segera. Jalan-jalan akan diturap baru, tengah malam, kedai-kedai akan diberikan cat percuma, lampu-lampu jaan akan ditambah dan MRT disegerakan pembinaannya...