Kawan-kawan setia

Ahad, 30 Mac 2014

Kerajaan mesti tegas dalam kenyataan

Rakyat semakin keliru dengan berita-berita yang bermacam-macam dan sesetengahnya kontra dengan hebahan dari Sidang Media pihak berwajib. Dalam rakyat menelan berita MH370 menjunam ke lautan Hindi dari bersandarkan meklumat satelit Immarsat. ada pula berita penafian dari Immarsat yang mengatakan pihak mereka tak pernah buat kesimpulan MH370 berakhir di Lautan Hindi. Pihak MAS dan Kerajaan Malaysia mesti meyakinkan rakyat bahawa penafian Immasat dalam internet adalah palsu semasa sidang Media akan datang.

Mengikut jurucakap Immarsat yang berlegar di internet Jonathan Sintatt berkata mereka hanya menyediakan maklumat tanpa membuat rumusan bahawa MH370 berakhit di Lautan Hindi. Kesimpulan tersebut hanya di buat oleh kerajaan Malaysia.pada Sidang Media 24 Mac lalu.

Berhati-hati dijalaraya

Seorang penunggang maut setelah motosikalnya dirempuh sebuah kereta. Kejadian berlaku di Lebuh Raya Sungai Besi arah Sri Kembangan, di ibunegara siang tadi. Siasatan awal polis mendapati, Kereta Toyota Vios dipandu seorang wanita, merempuh sisi kiri bahagian belakang sebuah motosikal. Kereta itu kemudian mengheret mangsa bersama motosikalnya sejauh kira-kira 40 meter. Penunggang dikenali sebagai Loh Hock Foo, 56 tahun maut di tempat kejadian. Polis menahan pemandu wanita berusia 25 tahun itu bagi siasatan.

(Yahoo Malaysia)

Kita warga Bangi saban hari memandu atau menunggang ke KL melalui bermacam lebuhraya termasuk lebuhraya Sg Besi. Sama-sama kita berhemah dalam memandu dan ingat keselamatan sendiri dan orang lain.

Khamis, 27 Mac 2014

Pemrentah Sarawak perlu berani

Trend menghalang pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hadir ke Sarawak semakin ketara sejak akhir-akhir ini dengan beberapa tindakan yang dilakukan. Ia semakin menjadi-jadi dengan Pilihanraya Kecil DUN Balingian manakala dijangkakan Sarawak akan mengadakan Pilihanraya Negeri pada tahun hadapan.
Bulan lepas saudara Mazlan Aliman, Pemimpin PAS Pusat yang juga Presiden Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) dihalang hadir ke Sarawak dan kali ini beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Setiauaha Agung PKR Dato’ Saifuddin Nasutioan, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menjadi mangsa. Mungkin ramai lagi menjadi senarai menunggu pemimpin PR yang dihalang masuk ke Sarawak, mereka ini umpama penjenayah besar yang akan merosakkan keamanan negeri itu.
Tindakan ini adalah suatu yang tidak munasabah, tidak rasional dan tidak boleh diterima akal. Dalam sebuah negara demokrasi, seseorang pemimpin (malah Ahli Parlimen) dihalang masuk ke sebuah negeri dalam negara sendiri dalam keadaan tiada alasan yang kukuh diberikan. Tanpa rekod jenayah, malah mempunyai rekod baik menjadi Ahli Parlimen juga bukan tiket melayakkan mereka menjejakkan kaki ke bumi itu. Sepatutnya, jika ada kesalahan pada mereka, tunjukkan kesalahan tersebut dan jangan berselindung disebalik kuasa politik bagi menghalalkan tindakan pemerintah.
Masyarakat melihat tindakan ini sebagai usaha terdesak golongan elit penguasa yang takutkan kemaraan rakyat. Ia adalah ‘political desperado’ yang bertujuan memastikan masyarakat tempatan tidak menerima kehadiran tetamu-pemimpin parti politik ini, apatah lagi mendengar hujah dan maklumat terkini mengenai isu-isu semasa. Mungkin yang paling dibimbangkan sekiranya rakyat Sarawak bangun menentang kebobrokan dan penyelewengan pemerintah Sarawak yang selama ini disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Sebenarnya tindakan menghalang ini menjadikan rakyat semakin muak dan benci dengan penguasa yang angkuh dan sombong dengan kuasa yang mereka miliki.
Kerajaan Malaysia perlu bertegas memastikan tidak ada lagi layanan kelas kedua atau ketiga terhadap pemimpin PR dalam negaranya sendiri. Perdana Menteri perlu menegur Ketua Menteri Sarawak terhadap polisi berat sebelah dan begitu bermotif dendam ini, agar bersikap lunak dan adil dalam melayani mana-mana pemimpin PR. Pemimpin PR juga adalah manusia, pemimpin parti politik yang sah, Ahli Parlimen dan mereka bersama-sama menyumbang terhadap pembangunan negara.
Sarawak adalah sebuah negeri dalam Malaysia, dan tidak seharusnya meletakkan syarat yang ‘pelik’ buat mana-mana individu atau tokoh mengunjungi negerinya. Kedegilan pemerintah Sarawak bersikap profesional terhadap pemimpin PR dengan terus menghalang mereka, akan mempercepatkan nyawa dan hayat BN Sarawak di penghujungnya. Ibarat air sungai yang melangkah deras menuruni lereng bukit, usah di sekat, kerana sekatan itu akan menyebabkan ia dirempuh dengan lebih ganas dan membuak-buak pada akhirnya. Kebenaran usah disekat, kerana kebenaran adalah kehendak naluri manusiawi. Menyekat kebenaran akan memusnahkan kebatilan itu akhirnya jika tidak dalam masa yang singkat.

DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat

Isnin, 24 Mac 2014

Berakhir di Lautan Hindi

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu terhempas di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Beliau yang bercakap dalam sidang media berkata, berdasarkan analisis baru, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) telah menyimpulkan bahawa pesawat MH370 telah terbang di sepanjang Koridor Selatan, di tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia. "Menggunakan sejenis analisis tidak pernah digunakan sebelum ini, mereka telah dapat mengesan laluan penerbangan terakhir MH370. Kedudukan itu jauh dari mana-mana lokasi pendaratan.

"Dengan duka cita saya perlu memberitahu anda bahawa menerusi perkembangan terbaharu ini, pesawat MH370 ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat Boeing 777, hilang dari radar Malaysia pada pukul 1.30 pagi 8 Mac selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing. Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

(Petikan MStar Online)

Kak Wan bawa kepercayaan rakyat ke Putra Jaya

Dalam kebingitan cacian dan ejekan pihak lawan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Datin Seri Wan Azizah dari PKR, tetap utuh menerjah arus bersama kebangkitan rakyat teraniaya dan akhirnya membawa kemenangan bergaya kepada PKR. Mungkin juga ejekan lucah pihak lawan memberi undi simpati dan undi amarah untuk menambah jumlah undi PKR. BN yang diwakili MCA hanya menang tipis di dua peti undi iaitu peti undi SG Kantan dan peti undi Batu 10. Kekecewaan BN tak dapat di sembunyikan bila tiada seorang pun wakil BN yang kelihatan dalam dewan semasa keputusan dibaca oleh YDP MPkj Datuk Hasan Nawawi. 

JUMLAH UNDI
MC/BN
BIASA : 10,297
AWAL : 981
POS : 18
JUMLAH : 11,296

PR/PKR
BIASA : 16,714
AWAL : 57
POS : 8
JUMLAH : 16,779
kelihatan kerusi-kerusi yang disediakan untuk wakil-wakil BN kosong semasa keputusan PRK N25 Kajang dibaca

Wajah-wajah riang mengringi laungan kemenangan bergaya kak wan

Dikebanyakan tempat mengundi Pakatan Rakyat lebih terserlah sokongan rakyat 

Penyokong PR terdiri dari berbagai bangsa, yang ikhlas menunjukkn sokongan tanpa upah

(Foto2 dari pelbagai sumber, Malaysiakini, FB rakan2, Harakahdaily, Kelab greenboc)

Ahad, 23 Mac 2014

Hari penentuan DUN Kajang

Memohon doa sebelum menuju ke pusat mengundi (foto Sinar Harian)
Sejumlah 38,055 pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih bagi memilih wakil rakyat yang baharu. BN mempertaruhkan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sementara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) diwakli oleh Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sebanyak 15 pusat mengundi yang dibuka seawal pukul 8 pagi disediakan bagi proses pengundian biasa PRK Kajang. Proses pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang.

Jumaat, 21 Mac 2014

Objek 24Meter beralih lokasi?

Berita dari Perth: Pasukan mencari dan menyelamat Australia yang meninjau kawasan sekitar 2,500km dari Perth di mana dua objek besar dikesan terapung oleh sebuah satelit Amerika telah menamatkan operasi mereka pada malam Khamis tanpa menemui sebarang petunjuk atau cebisan pesawat MH370 yang masih hilang.
Awan tebal dan hujan telah menjejaskan penglihatan dan usaha mencari.
Portal berita BBC melaporkan yang pasukan tersebut akan kembali menjalankan operasi mencari dan menyelamat pada pagi Jumaat.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) memgumumkan sejurus sebelum tengah malam Khamis yang empat buah pesawat peninjau dari Australia, Amerika Syarikat dan New Zealand telah meninjau kawasan seluas 23,000 kilometer persegi dan mereka masih gagal menemui apa jua bukti atau cebisan yang boleh dikaitkan dengan MH370.
Menurut kenyataan Amsa lagi, objek sepertimana yang dirakamkan oleh satelit itu dan menjadi tumpuan ramai sejak ia disiarkan di seluruh dunia mungkin telah hanyut beribu kilometer dari tempat ia dirakamkan.
Dua objek yang dirakamkan oleh satelit itu sebesar 24 meter panjang dan satu lagi lima meter panjang.
Ketika dirakam dua objek tersebut terapung kurang lebih 2,500 kilometer dari Perth, Australia (Petikan MStar Onine)

Jumaat, 14 Mac 2014

Bomoh, pencuri....membawa berita hodoh ke seluruh dunia

Pemberita dengan sepenuh hatu nurani mereka samda pemberita tempatan atau luar negara sibuk membuat liputan tentang berita kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang sudah masuk hari ke 7, memecah kehenangan...tiba-tiba seorang wartawan TV luar negara mendakwa kehilangan RM15,000 apabila beg miliknya dicuri di sebuah hotel di sini hari ini. Petugas yang bernama Chan Wai Li, lelaki, berusia 36 tahun wakil dari Now TV, sebuah stesen TV swasta Hong Kong bukan sahaja kehilangan wang malah turut kehilangan dokumen perjalanan beliau, juga dompet, kad kredit dan pita rakaman kamera video.

Beliau mendapati begnya hilang pukul 4 petang, selepas pulang dari pusat beli belah Alamanda untuk membeli kad prabayar bersama dua lagi rakannya. Berita Bernama melaporkan beg galas itu dipercayai dilarikan seorang lelaki yang disyaki sudah berada di sini sejak semalam menyelit dalam kesibukan petugas-petugas media. 

Terkilan dan marah rakyat Malaysia dengan situasi yang memalukan ini, belum habis kisah bomoh do re mi yang mengaku raja bomoh 1Malaysia, kini timbul pula cerita pencuri yang hadhir ditengah-tengah kesibukan media antarabangsa. Ada rakan-rakan yang keluar negara menceritakan malu, bila ditanya dari mana, jawab dari Malaysia mereka akan mengejek Malaysia sebagai negara sihir...apa lagi ditambah dengan berita mencuri beg petugas media antarabangsa.....

Selasa, 11 Mac 2014

Kehebatan 2 wanita bakal diuji....

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sedang menyaksikan persaingan satu lawan satu antara BN yang diwakili parti kaum Cina, MCA dan PR yang diwakili parti berbagai kaum PKR.  Prosea penyerahan borang pencalonan telah ditutup tepat pukul 10 pagi tadi. Bandar Baru Bangi menjadi saksi gelagat dua kumpulan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional menguji pengaruh. Walaupun Bandar Baru Bangi bukan dalam DUN Kajang tetapi telah menerima bahang PRK yang bermula hari ini.
Kita akan menyaksikan persaingan, pertembungan dua pemimpin wanita berpengaruh daripada kedua-dua parti politik.  Keduan-dua calon juga merupakan Naib Presiden dan Presiden parti masing-masing dimana Datin Paduka Chew Mei Fun Naib presiden MCA manakala Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden PKR.