Kawan-kawan setia

Jumaat, 26 September 2014

Pengkalan kubur Alarm untuk Pakatan Rakyat

Ramai yang menjangka PAS tidak mampu merebut DUN N01 Pengkalan Kubur, namun atas semangat always positif PAS tetap bertekad merebut DUN 01 dengan meletakkan ahlinya Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagai calon. Optimis mesti ada, semangat melawan mesti ada, namun harus disedari barisan angkatan perang telah diketahui rakyat jelata sedang berperang sesama sendiri. Keputusannya, BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon bebas pula mendapat 38 undi. Lebih parah pengundi luar yang sedar dan celik politik walaupun bukan ahli PAS atau ahli Pakatan rakyat, tidak pulang mengundi atas beberapa sebab dimana hanya seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi, lebih rendah daripada kadar 80 peratus pada pilihan raya umum lepas.PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary. 
Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, bekas ADUN BN Datuk Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.Kekalahan ini akan berbaloi berbagai pihak dalam PAS dan berbagai pihak dalam PR sedar dari keangkuhan masing-masig, kembali bersatu, dan bekerja keras memenangi semula hati rakyat yang tercalar dengan sikap tidak cermat dan ego pemimpin PR.

Selasa, 23 September 2014

Selesaikan kemelut dengan sabar

Berita perlantikan YB Mohamad Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baru suadah tersebar seluruh maya. Tidak dapat ditudung lagi. Khabarnya PKR telah memberi restu YB Azmin menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilucutkan keahlian bekas partinya PKR. Dengan perlantikan Azmin yang mengangkat sumpah sebagai MB hari Selasa 23 September 2014, di harapkan menghentikan kemelut PR dan juga mematikan beberapa masaalah dalaman PAS.
Sejak dari mula krisis PAS telah menonjolkan Azmin yang paling layak sebagai MB jika Tan Sri Khalid digugurkan walaupun PKR bermati-matian mahukan Datin Sri Wan Azizah. Ketegasan PAS melalui presiden parti banyak menimbulkan ketidak seimbangan dalam PAS sendiri bila ada sebahagian ahli, AJK dan ADUN bertindak berlawanan dengan arus parti. Pertembungan tersebut nampak nyata di dalam muktamar yang baru bersidang di Batu Pahat Johor. Paling ketara dengan ucapan penangguhan paling keras oleh presiden yang tak pernah derlaku sebelum ini. Namun dengan perlantikan MB baru yang di senangi semua pihak dalam PR diharapkan bakal menutup segala krisis dan kemelut dalam PR dan PAS.

Ahad, 21 September 2014

KOSMO melaporkan kemalangan maut pemimpin muda PAS NS

Dua maut manakala tiga lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan sebuah kenderaan di Kilometer 106.5 Jalan Kota Bharu-Gua Musang di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, mereka yang maut ialah Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri Sembilan, Safrizal Tarmizan, 31, dan ibunya, Asmita Lukman, 56, yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish.
Tiga yang cedera ialah isteri Safrizal, Nurul Izatil Aqmar Mat Lazim, 28; anak, Mohd. Uma Al Fateh, 3, dan anak saudara, Amirah Syahirah Zailani, 6, yang turut berada dalam kenderaan terbabit.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke Seremban, Negeri Sembilan selepas mengambil isterinya di kampung di Pantai Cahaya Bulan di sini

Khamis, 18 September 2014

KUIS Walk In interview

Date: 2014-09-18 8:32 GMT+08:00
Subject: BMI - IKLAN JAWATAN KOSONG PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN (WALK IN INTERVIEW)

Assalamualaikum wrt. wbt.,

YBhg. Dr. / Tuan / Puan,

Sehubungan dengan itu , Bahagian ini memohon kerjasama YBhg. Dr. / Tuan / Puan untuk memanjangkan iklan jawatan kosong Pembantu Pengawas Peperiksaan bagi membolehkan mereka yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan.

Bersama-sama ini dilampirkan maklumat lanjut permohonan untuk rujukan dan tindakan pihak Dr. / Tuan / Puan sewajarnya. 

Kerjasama YBhg. Dr. / Tuan / Puan menghebahkan makluman kepada mereka yang berminat dan berkelayakan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian, wassalam.

Hanizah binti Ahmad
Pembantu Tadbir
Bahagian Pengurusan Insan
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)