Kawan-kawan setia

Rabu, 24 Disember 2014

Banjir....ujian hebat kepada negeri-negeri terbabit




  


Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang diberitakan masih dalam suasana membahayakan. Hujan masih turun dan empangan-empangan kemungkinan terpaksa dilepaskan lebihan air yang jika dielepaskan akan memberi kesan banjir kilat dibeberapa bandar. Beberapa jalan utama juga terputus hubungan kerana ketinggian paras air dan ada juga jalan runtuh seperti lebohraya timor barat dan  Gua Musang Kuala Krai.

Ahad, 14 Disember 2014

Berita ringkas


Ringkasan Berita Minggu Ini (14 Disember 2014)

A) Berita Hulu Langat

- MB Selangor lulus peruntukan segera RM5.5 juta untuk atasi masalah banjir di Kajang. (12 Dis)

-  MP Hulu Langat: Jambatan kedua merentasi Sungai Semenyih akan dibina dengan kelulusan peruntukan RM7 juta bagi mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di pekan tersebut.

- Adun Kajang, Adun Dusun Tua, dan MP Hulu Langat bergabung anjur bersama Program Santuni Rakyat di sekitar kawasan Cheras Utara di DUN Kajang, dan Kg Melaka di DUN Dusun Tua. (13 Disember)

- Adun Dusun Tua YB Hj Razaly Hassan dilantik sebagai Timbalan EXCO Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor.

- Yang DiPertua MPKj , Dato' Hassan Nawawi Bin Abd Rahman bersara dari perkhidmatan awam. Beliau menjawat jawatan YDP MPKj sejak tahun 2007 (12 Dis)

- Penguat kuasa MPKj ditumbuk samseng ketika laksana operasi tangkap lembu yang berkeliaran di tempat awam (5 Dis).

B) Berita Selangor

- Rakyat Selangor kesal BN Selangor gagal lantik pengganti Ketua Pembangkang DUN Selangor.

- Sultan Selangor perkenan anugerah darjah kebesaran gelaran Dato' kepada dua orang EXCO dari PAS, YB Dato' Iskandar Samad dan YB Dato' Dr Yunus Khairi (11 Disember)


Ringkasan berita ini dibawa kepada anda oleh

Lajnah Penerangan PAS Hulu Langat