Kawan-kawan setia

Ahad, 13 September 2015

munaqasyah 2015

Alhamdulillah. Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Negeri Selangor telah diadakan dengan jayanya hari ini, Ahad, 13 Sept 2015 bermula pukul 8.30 am bertempat di Dewan Sivik MBPJ.

Munaqasyah pada kali ini menyaksikan kehadiran melebihi 1,700 orang dari seluruh negeri Selangor.

Yang amat menggembirakan adalah penglibatan muslimat yang mencecah hampir 40% daripada jumlah keseluruhan kehadiran. Ini bukan sahaja merupakan indikasi bertukarnya pola sokongan tetapi juga menggambarkan kekuatan pergerakan dan penglibatan wanita di dalam PAS.

Ucapan alu-aluan YB Dato Iskandar Abdul Samad menyentuh sumbangan PAS Selangor khususnya kepada Islam di Negeri Selangor.

Selain itu, tiga kertas kerja yang menyentuh perkara semasa dibentangkan:
🔹Kertas 1 - Istiqamah Hingga Kemenangan : Asas dan Tindakan Politik dibentangkan oleh Yb. Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS

 🔹 Kertas 2 - Istiqamah Hingga Kemenangan : Memahami Konsep Tahaaluf Siasi dibentangkan oleh Ybhg. Dato' Dr. Nik Mohd Zawawi Salleh, Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS.

🔹 Kertas 3 - Istiqamah Hingga Kemenangan :
Peraturan dan Arahan dibentangkan oleh YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Penerangan PAS Pusat

Di dalam program ini juga, beberapa kempen yang signifikan dilancarkan.

Logo dan Motto PAS Selangor dilancarkan oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS. Motto PAS Selangor bagi penggal ini adalah "Bakti Untuk Semua". Ia merupakan penyatu agenda agar semua PAS Kawasan di Selangor memfokuskan gerak kerja terhadap bakti dan khidmat kepada rakyat Negeri Selangor, tanpa mengira agama dan bangsa.


YB Dato' Iskandar Samad selaku Pesuruhjaya PAS Selangor menyerahkan Borang Ahli Baru kepada YB Datuk Seri Presiden. Seramai 6,000 orang telah menyertai PAS sejak kempen menambah ahli dilancarkan 3 minggu yang lalu.

Kempen 3B (Baca, Beli dan Beri) dilancarkan sebagai inisiatif penerangan untuk memastikan informasi dan maklumat yang padat dan jitu sampai ke akar umbi.

Sekitar pukul 12.30 tengahari, Dialog bersama Pimpinan diadakan dengan kehadiran:

YB Datuk Seri Tuan Guru Presiden
YB Dato Iskandar Abd Samad
Ybhg Dato Dr Nik Zawawi Salleh
YB Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi
Ybhg Hj Mustafa Ali
YB Khairudin Aman Razali At-Takiri

Sebelum bersurai, seluruh ahli yang hadir mengambil Ikrar dan Baiah untuk berjuang, berkorban dan beristiqamah sehingga kemenangan.

Majlis bersurai pada pukul 2.15pm.

Program ini berjaya dengan sokongan dan dokongan Dewan-dewan, PAS Kawasan, dan seluruh unit-unit petugas. Hanya Allah swt mampu membalas.

Dihantar oleh: Ketua Penerangan Selangor

Langganilah https://telegram.me/PASSelangorBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.

Tiada ulasan: