Kawan-kawan setia

Ahad, 13 Disember 2015

Berita yang orang Bangi ingin dengar - Tahniah The Red Giants, wira Selangor


Jaringan gol penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri meletakkan pasukan Merah Kuning menjulang kejuaraan Piala Malaysia yang ke-33 malam tadi apabila menewaskan Kedah 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam. Kejayaan pasukan Selangor menamatkan penantian selama 10 tahun penyokong The Red Giants setelah kali terakhir mereka memenangi Piala Malaysia adalah pada tahun 2005. Kejuaraan malam tadi adalah hadiah paling indah buat Sultan Sharafuddin Idris Shah yang baru menyambut hari keputeraan baginda yang ke-70.

Piala Malaysia yang menjadi rebutan antara Selangor dengan Kedah malam tadi berpihak kepada Selangor

Keriangan pasukan Selangor bersama Menteri Besar Dato Seri Azmin Ali

Tiada ulasan: