Kawan-kawan setia

Sabtu, 18 Jun 2016

Selamat mengundi bagi warga Sungai Besar dan KualaKangsar

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merayu para pengundi wajar menggunakan kesempatan ini untuk menjadi hakim yang adil dalam proses demokrasi bagi memilih untuk mengundi PAS di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, esok demi kesejahteraan dan masa depan yang lebih baik.

Abdul Hadi dalam kenyataannya, mengingatkan para pengundi di kedua-dua kawasan tersebut agar mengundi tanpa rasa takut dengan jiwa yang merdeka.

"Mengundilah dengan penuh keyakinan bahawa pangkahan kecil yang kita lakukan pada hari ini akan mengubah nasib masa depan kita semua.

"Kebaikan yang kita laksanakan pada hari ini akan mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan,"katanya.

Beliau turut melahirkan perasaan gembira di atas kesempatan dapat bersua dan mengunjungi penduduk di kedua-dua parlimen sepanjang tempoh berkempen dari 5 hingga17 Jun 2016.

"Saya faham bahawa tuan puan berdepan dengan berbagai kempen sepanjang tempoh PRK ini berjalan. Kadangkala suasana begini boleh menyebabkan kira keliru dan tertekan, apatah lagi dengan media massa dan media baru saban masa mengasak tuan puan dengan berbagai maklumat. 

"Walau apa pun suasananya, pilihan adalah terletak di tangan tuan puan para pengundi sekalian bagi mewakili keseluruhan penduduk berbagai usia dan latar belakang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar," katanya.

Justeru katanya, apa yang pasti ialah suara rakyat di Sungai Besar dan Kuala Kangsar mestilah didengarkan di Parlimen tanpa ada sekatan dan kebimbangan - Harakahdaily online

Tiada ulasan: